Adat Resam, Budaya Dan Jalan Raya
Tuesday, February 9th, 2010Sering kali kita menonton, mendengar dan melihat di kaca tv dan radio tentang kemalangan jalan raya yang banyak mengorbankan nyawa seseorang, anak kehilangan ibu bapa, suami kehilangan isteri, isteri kehilangan suami, kawan kehilangan kawan dan berbagai lagi kehilangan yang boleh menyebabkan trauma kepada meraka yang mengalaminya. Saban hari ada orang akan kehilang anggota badan akibat kemalangan ini dan yang paling dahsyat adalah terpaksa menjadi beban kepada keluarga yang sebelum ini menjadi harapan kepada keluarga.
Namun disebalik kejadian ini salah siapakah sebabnya, Datuk Suret Singh Ketua Pengarah JKJR ada menyatakan bahawa kemalangan jalan raya adalah salah satu penyumbang terbesar kepada kematian di Negara kita. Tidak mustahil kemalangan jalan raya menjadi punca utama kematian rakyat Malaysia 5 tahun atau 10 tahun akan datang. Adakah disebabkan kurangnya pendidikan berkenaan keselamatan di jalanraya yang di didik oleh ibu bapa di rumah dan guru di sekolah atau kurangnya penguatkuasaan jalan raya oleh penguatkuasa seperti JPJ atau polis.
Namun jawapan bagi masalah di atas mengikut pandangan saya adalah disebabkan oleh BUDAYA dan ADAT semasa dijalan raya. Fakta menyatakan bahwa kemalangan banyak berlaku apabila kita tidak berhati-hati, tidak mengambil tahu atau tidak mempedulikan keselamatan diri sendiri dan keluarga semasa di jalan raya. Rakyat malaysia kaya dengan adat resam dan budaya yang dikongsi bersama oleh rakyat yang berbilang kaum. Adat resam dan budaya ini banyak mengajar kita supaya berlaku baik dalam kehidupan kita. Antara budaya yang di warisi dari nenek moyang kita sejak dahulu kala adalah bertegur sapa. Setiap kali bila kita berjumpa dengan sahabat handai atau saudara mara kita akan menyapa mereka tidak kiralah berlainan bangsa atau keturunan, tangan kita dijabat atau tubuh kita dipeluk jika sudah lama tidak berjumpa. Ini menandakan bahawa budaya yang diturunkan oleh nenek moyang kita masih lagi diguna pakai dan masih relevan pada zaman moden sekarang.
Hal ini juga boleh di wujudkan kepada pengguna-pengguna jalan raya atau bakal pengguna jalan raya di Malaysia. Saya mencadangkan supaya JKJR dan Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan mewujudkan satu budaya baru dan satu adapt resam baru di Malaysia iaitu budaya selamat di jalan raya. Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan dipilih kerana kita dapat melihat semasa kementerian ini melancarkan kempen rumah terbuka unutk setiap perayaan di Negara kita. Kempen ini dianggap berjaya kerana kita dapat lihat setiap musim perayaan pasti ada rumah yang membuat rumah terbuka tidak kira apa jenis perayaan.
Dengan menerapkan masej membudayakan keselamatan di jalan raya untuk setiap pengguna jalan raya, Saya pasti untuk jangka masa yang panjang kemalangan bukan lagi punca utama kematian di jalan raya. Setiap pengguna jalan raya sudah terpahat di hati mereka bahawa jalan raya buka tempat untuk berlumba tapi adalah tempat untuk dihormati dan digunakan dengan penuh displin.
